Wednesday, July 30, 2008

negeri vs negara

yin & yan said...

Sdr Pahit Manis,

Plot yang menarik di sini ialah perjuangan antara state autonomy dengan federal control.Suatu imbangan antara amirriyah dengan empayar.

Federal control yg keterlaluan akan akibatkan negeri dan sultannya sebenarnya hilang kuasa dan hilang negeri. Terengganu melalui MB baru, Perlis, Perak dan Selangor malahan Johor jelas sejak PRU 12 telah mula kembalikan maruah negeri-negeri bersultan/berraja sejak sekian lama agak dikongkong kerajaan persekutuan.

'Kelemahan' Pak Lah ada baiknya. Dari sini Malaysia sebagai Islamic State of United Sultanates akan lebih menyerlah demi agama, bangsa dan negara.

Takkanlah nak beli kereta apapun mesti federal control. Bodoh sangatkah orang di negeri-negeri tersebut sehingga telinga nak dipulas jika tak ikut telunjuk Pak Lah tentang jenis kereta? Dahsyatnya federal control.Projek apa nak buat mesti ikut kata. Orang Ganu kena Ya sokmo. Orang di semua negeri-negeri pun kena Ya sokmo juga.

Tahniah MB ganu kerana mula kembalikan kedaulatan negeri.

Apapun kembalinya kekuatan negeri-negeri dalam Malaysia ialah kerana 'kelemahan' Pak Lah. Mungkin 'kelemahannya' adalah kekuatannya kerana bukan senang hendak lepaskan kuasa balik kepada kerajaan-kerajaan negeri.

Daulat Tuanku-Tuanku.
dan terima kasih Pak lah.

Yin & Yan
http://yindanyan.blogspot.com/

July 28, 2008 11:02:00 PM MYT

No comments: