Friday, May 30, 2008

fixing appointments

-petikan from chedet.com-

yin & yan
said...

got it somewhere....

..."allegations that Mahathir and his colleagues were involved in fixing the appointments, promotions and sacking of judges"........

-I don't know whether Pak Lah realised that Pak Lah himself was fixed to be the PM by Dr M? If 'fixing'is wrong then he should vacate the PM seat.
- Dr M admitted that it was a wrong fix
-Well let us all help Dr M to fix it again


Yin & Yan

May 27, 2008 10:24 AM

Saturday, May 24, 2008

Kaedah Tan Sri Aziz Tapa

-petikan dari rockybru- a response to Dato' AKJ-

yin & yan said...

Dato' AKJ dan Sdr Rocky,

Kaedah Tan Sri Aziz nampak lebih mudah.

YDP Agong bukan sekadar simbol negara! Mohon diampun, YDP Agong bukan patung negara tetapi Tunjang Negara!

Adakah Hindraf dan Raja Petra sahaja yang ada akses kepada YDPAgong? Rakyat lain yang tak berpuas hati dengan PM juga ingin mohon izin mengadap Tuanku merakam sembah runsing kerana semakin runcingnya negara.

YDPAgong adalah non-partisan. Maknanya Baginda tidak terkotak dalam parti.
Baginda mengatasi kumpulan-kumpulan berparti dan bebas membuat keputusan secara neutral.

Alhamdulillah itulah yang kita nampak di Perak, Selangor, Kedah, Perlis dan Terengganu baru-baru ini. Para Sultan sudah pun membuat keputusan yang bijaksana tanpa terikat dengan parti. Apa yang dangerousnya Dato AKJ jika mohon sembah hal huru-hara negara kepada Sultan?

Kalau dah dapat Dato' maknanya Dato' AKJ pun sudah diterima menjadi sebahagian dari orang yang rapat dengan istana -Raja Nazrin kata sudah menjadi sebahagian dari institusi istana. Maka Dato' pun boleh tolong sembahkan perkara untuk kebajikan negara.

Takkan kita nak sembunyikan huru-hara negara dari pengetahuan istana? Dangerous?

DAULAT TUANKU

Yin & Yan

4:24 PM

malays? what colour?

-petikan dalam rockybru-

yin & yan said...

what colour?

TQ for the comments.

Anwar from PKR and I guess Nik Aziz from PAS are also aiming to be PM. They are not from UMNO. Anwar seems confident of getting there. Thus now UMNO may not be the criteria anymore to be the PM.

The Agong by tradition appoints a malay muslim because malaysia is actually an islamic state of united sultanates where many sultanates come together.The tradition of the sultanates started well BEFORE Parameswara but enhanced through Islam by Parameswara becoming a muslim. Of course it has started well before the ballot boxes. The rakyat then became muslims (leaving hinduisme/buddhism) together with the sultans so the tradition of the malay being the sultans and MBs continue but this time the malay MBs must also be a muslim since Parameswara and the sultans after him became muslims.

But who is a malay? Raja Petra has always asked us to refer to the msia constitution. It says that a malay is one who speaks malay, practice malay customs and a muslim. It does not say about blood type? Easily Guan Eng is 2/3 malay since he can speak malay and know how to dress up like a malay and I guess has no problems with sambal belacan :) If he is a muslim then Nik Aziz will have no problem accepting him as a PM.

It seems that the definition of a malay is quite simple. To me the malay is just person who has taken up the colour of the place.

I remember seeing the lady (was in the news) said to be a malay staying in korea but when she came back to see her birth place, I saw her more like the old korean ladies that I always see in korean dramas. Well she ate korean food and speaks korean and looks like a korean. She has absorbed the colour of the place just like water in the glass will takes up the colour of the glass.

Yes, you are what you eat (and what you speak). I have seen people claiming that they are malays but staying in makkah but with not a word of malay. I can't recognise them as malays but their features and airmuka are more like arabs.

For that matter even people of arab origins staying in malaysia with now not even a word of arabic on their tounges had a hard time convincing us that they are arabs.

Wisemen used to say arabic is by the tounges. Can you differentiate arabic blood from that of a malay blood or a jewish blood?

What colour? All colours - putih kuning, kuning langsat,hitam manis, sawa matang.


more budu, tempoyak and sambal belacan.
more non baku BM and more local malay dialects and NO DBP languange imprisonment!

Yin & Yan

Friday, May 23, 2008

MALAYSIA - AN ISLAMIC STATE OF UNITED SULTANATES.

-petikan tulisan dalam Malaysia Waves-


yin & yan said...

MALAYSIA - AN ISLAMIC STATE OF UNITED SULTANATES.

TQ for your posting. This opens up new readings of the sultaniyyah/islamic state.

Malaysia is
an islamic state based on united sultanates.
This is not based on a 5 year system of choosing using boxes. Islam is not to be voted in or out.If one is in power, protect it fisabilillah.

But when you fall like melaka 1511, then move on to another place to regroup. That is why melaka restrategised by moving to johor, riau, aceh, pahang and so on.

Islamic amirates/sultanates historically have always been on the move and dynamically. It is organic. Creating new madinahs, decay but regrow in another place. Hence the centres of the muslims have always been on the move. We had it in madinah, iraq, egypt, spanish-andalusia, turkey etc

By tradition and salasilah the sultanates have been around since early melaka until now.In fact the salasilah is even BEFORE Parameswara. Meaning islam came to enhance and continue the hindu/buddhist sultanates but now in the name of islamic sultanates. The good thing is that when the sultans became muslims, the rakyat became muslims too.So there was no need for the rakyat to overthrow the raja based on different religions. Bukankah raja dan rakyat berpisah tiada?

Hence this means kedaulatan kesultanan for thousand of years BEFORE MELAKA is then continued by Baginda Parameswara in the name of Allah and His Rasul saw until now.

Thus the sultan and rakyat chose to continue the contract between the ruler and the ruled - the raja and the rakyat.

So malaysia is not exactly a nation state.It is a united sultanates. Raja berperlembagaan is not the same as the british monarchy and the christian secular state. Christians under pressure from the 'priestly scientists' separated or secularised. In islam the worldly affairs is also an islamic affair.

Again if there is no such thing as a non islamic affair, it means the sultans have always the kedaulatan to rule in ALL affairs in malaysia.

Alhamdulillah we saw it more clearly after PRU12 in Kedah, Perak, Selangor, perlis and terengganu.

As the gist of what Raja Nazrin used to say - raja bukan sekadar simbol negara(maknanya mereka bukan patung negara tapi tunjang negara). Mereka bukan benteng terakhir untuk orang islam dan orang melayu tetapi merekalah tunjang negara yang sebenar.

Raja Nazrin said that sultanates is part of the khaliphate.

To call one is a rakyat then one must have a Raja/Sultan.
At Federal level the united sultanates have the Agong and at state level we have the sultans and raja.

The sultans are authorities of islamic affairs and malay adats.

Is there anything in this world NOT an islamic affair? Hence the sultans with the rakyat together is still perpetuating the sultanates/amirates for the khaliphate in waiting.

Malaysia is special as an islamic state due to the united sultanates and not due to the ballot boxes.

wassalam
Yin & Yan

Wednesday, May 21, 2008

TUN - BEYOND UMNO

-petikan dari blog Che Det-

yin & yan
said...

TUN - BEYOND UMNO

Tun,

With you, politics (and even economics)is always interesting. Always on the toes. With you we need to learn to expect the unexpected.

You are always thinking outside the box (in fact boxes). It took somebody not in the box of economics to solve the currency crisis in 1997. You won - IMF and world bank lost! Thank you for your formula.

You showed us how to rule a nation. When you quit, you showed us how to rightly oppose a leader probably you saw that we were overwhelmed by your leadership that we no longer know how to say no. Anwar, Nik Aziz and Karpal did not know how to oppose until you showed them how after you left the PM job.
You showed us how to say YES and how to say NO to a leader.

Now you are showing - how not to worship a sinking ship - UMNO, or how even not to worship you - by leaving UMNO. Rightly that has always been the tradition of UMNO. Former leaders normally quit UMNO. It is a norm.

It does give breathing space to budding leaders within and without UMNO to think for themselves as well as giving you free terrain to do whatever you want and in the way you want. Whatever it is the end result is we are seeing wisdom in your actions and inactions.

There is life beyond UMNO.
Your sharing with us past stories
and experiences during nation building is nation building too.

More stories - yang menggelikan hati like duri dalam daging - please! It brings smiles to the world!!

Yin & Yan
OUT OF THE UMNO BOX

May 22, 2008 9:07 AM

Friday, May 16, 2008

UMNO DAN TUN?

(petikan dari Blog Che Det - respon kepada Red1)

yin & yan
said...

Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir,
As Salaamu'alaykum.
Semoga dikurniakan Allah kepada Tun keadaan sihat sejahtera selalu. Amin.

Yang Berbahagia Tun,

UMNO DAN TUN?

Ingin saya tarik perhatian Tun dan semua kepada pos oleh Red1, seorang bukan melayu (muslim berbangsa cina) yang perihatin tentang UMNO tapi inginkan supaya

"Tun perlu terus mengulangi nasihat yang bernas bagi kebaikan semua, bukan untuk UMNO sahaja..." Red1.

Perkara besar di sini ialah Tun bukan hanya 'aset' orang melayu tetapi aset untuk orang malaysia, orang islam malahan aset dunia!

Maknanya jika Tun hanya bercakap dalam kerangka UMNO kerapkali Tun juga terperangkap dalam hujah-hujah kepartian sempit yang lazimnya dipergunakan oleh 'musuh-musuh' yang akal mereka terkotak seperti mana kotak parti politik yang masing-masing cuba besar-besarkan.

Akal politik berkotak undi ini amat sempit. Malahan akal sebegini akan menghalalkan Islam supaya dikotakundikan. Akhirnya Islam pun terdemokrasi!

Seringkali apabila Tun bercakap di luar kotak politik maka sedunia akan terpegun hinggakan IMF dan Bank Dunia pun Tun kalahkan.

Apabila Tun buang masa melayan kerenah dalam kotak parti seperti PAS atau PKR dan juga UMNO maka Tun sering terperangkap hinggakan kadang-kadang berhujah seperti akal sempit orang berparti juga.
Memang sistem kotak itu menyempitkan akal. Tak hairanlah Nik Aziz pun atas nama parti (yang menjadi lebih besar dari islam)pun merepek seperti dalam isu mencarut dalam Islam .


Saranan Red1 itu saya percaya juga mewakili orang lain sedunia yang nyata lebih ramai dari orang UMNO. Orang di luar UMNO mahu melihat Tun yang bercakap tanpa dibatasi oleh politik UMNO.Mereka juga ingin meminjam Tun.Tetapi Tun terperangkap dengan cuba membetulkan UMNO yang mungkin tidak boleh dibetulkan lagi.

Tun juga pernah sebut sistem seperti sosialisme/komunisme malahan kapitalisme itu sendiri sudah berubah dan menjadi tidak relevan. Mungkin UMNO juga tidak relevan apatah lagi apabila ramai anak, cucu-cicit orang UMNO sendiri yang kelihatan menolak UMNO. Mungkin bukan kerana tak suka kepada UMNO tetapi memang anak cucu-cicit kita dah tak dapat 'identify themselves' dengan UMNO.Mereka tak berkongsi pengalaman orang UMNO awalan bagaimana mungkin mereka hendak perjuangkan UMNO? Dalam keluarga Tun pun, Mukhriz mungkin nampak jelas menurut jejak Tun tetapi Marina kelihatan orangnya berbeza pendirian 'politik'nya.

Tun adalah orang yang global dan segala pandang hormat kepada Tun adalah lebih kerana sumbangan kerja dan idea Tun yang tidak terikat dengan parti, bangsa mahupun sempadan negara. Lihat sahaja bagaimana Tun berseorangan 'melawan' IMF dan Bank Dunia. Itu suatu perjuangan besar kerana Allah dan RasulNya s.a.w pun telah iystiharkan perang ke atas Riba dan itulah yang Tun lakukan juga. Perjuangan tersebut, orang UMNO pun tak faham dan tak tahu apa nak buat. Semoga Allah beri balasan baik untuk Tun atas usaha Tun selamatkan Malaysia malah menunjukkan kepada dunia betapa badan-badan riba itu boleh dikalahkan.

Apabila Tun bercakap atas pentas luas yang tidak terkotak dan terjangkau akal fikiran orang lain maka kita lihat 'musuh-musuh' politik Tun pun turut sokong Tun seperti mana Nik Aziz menyokong projek Dinar Emas Tun.

Semoga Tun dapat renungkan betapa Red1 dan jutaan orang di luar UMNO ingin meminjam Tun dan mengharapkan Tun tidak terpenjara dalam isu UMNO sahaja.

wassalam
Yin & Yan

May 16, 2008 4:55 PM

Wednesday, May 14, 2008

SIAPA TAKUT ANWAR?

(petikan dari blog Che Det)

yin & yan
said...

SIAPA TAKUT ANWAR?

Yin: Siapa takut Anwar?

Yan: Kenapa perlu takut? Dia kat luar rumah dah kena 'tight grip' dalam rumah pun kena 'tight grip'.

Yin: Kat luar tu aku pernah dengar tapi kat dalam rumah aku tak faham.

Yan: OK sebelum tu tengok kalau PR boleh pegang Malaysia, Anwar atau Azizah yang akan jadi PM?

Yin: Entah.

Yan: Kalau Azizah jadi PM, aku dah dengar orang kata boleh jadi ada urusan/arahan kerajaan nanti datang dari Anwar dan bukan dari Azizah (bedroom decision!).
Kalau Anwar pula orang kata arahan datang dari Azizah (pun bedroom decision juga).

Yin: Yang awal saya faham le tapi yang kedua mana mungkin pula?


Yan: Bukankah Azizah serba tahu tentang Anwar? Hang ingat Azizah tak dak trump card? Kalau dia cerita habis nanti tak lingkup Anwar?

Yin: Maknanya Anwar kena dengar kata Azizah lah. Patutlah Anwar tak pasti dia jadi PM atau tak. Antara Azizah dengan Anwar mungkin kita lebih percaya Azizah. Azizah tentu boleh JAGA Anwar.Betullah tight grip!

May 14, 2008 7:44 PM

DILEMA JAGUH UMNO

)petikan dari blog Che Det)

yin & yan
said...

CUCU-CICIT UMNO (TOLAK UMNO)
& DILEMA JAGUH UMNO

Yin: Sapa lagi kalau bukan cucu-cicit UMNO yang tolak UMNO!

Yan: Itu betul. Tapi kalau jadi jaguh UMNO lama-lama pun problem juga. Nanti jaguh jadi tongkat.

Yin: Maknanya UMNO dan DR M selama ini jadi tongkat malaysia?

Yan: Ya, bila DR M minta buang tongkat, akhirnya bukan sahaja cucu-cicit UMNO buang UMNO tapi DR M pun kena 'buang' sama. Agaknya kita dah terlebih ajar atau memang zaman ini zaman kurang ajar?

Yin: Masalah juga kalau dah jadi jaguh. Patutlah Saidina Umar r.a dulu pernah suruh Khalid AlWalid berhenti jadi ketua perang dan balik ke rumah sebab menang perang banyak sangat. Takut nanti orang kata kalau Khalid ada tentu menang perang. Bertauhid kepada Khalid pula jadinya!


Yan: Memang kita respect DR M, tapi kalau semuanya nak bertongkat kepada DR M nanti sampai bila-bila pun kita dok bertongkat juga.

Yin: Memang problem jadi jaguh. Problem pertama ialah dia takkan jumpa orang yang akan dia puas hati -yang boleh mengganti dia -sebab dia memang jaguh. Problem kedua orang nak terus bertongkat dengan dia dan akhirnya jadi macam Khalid AlWalid -orang mula bertauhid kepada dia.

Yan: Dah berapa orang jadi timbalan PM jaguh kita ni dan sekarang mungkin ramai lagi yang akan jadi mantan PM sebab tak dak yang boleh jadi jaguh macam DR M.

Yin: Tapi yang jadi PM lepas DR M
pun mungkin salah juga sebab dia nak tunjuk jaguh pula.

May 14, 2008 4:03 PM

CUCU-CICIT UMNO TOLAK UMNO

(Petikan dari blog Che Det)

yin & yan said...

"CUCU-CICIT UMNO"

Yin: Dah 62 tahun UMNO!

Yan: Kalau lahir masa mula UMNO, kahwin umur 20, kemudian terus dapat anak, pun kahwin umur 20, sekarang tentu bercucu dan umurnya dah 22 tahun -tentu dah mengundi baru-baru ni.

Yin: DR M dah lebih 80 tahun. Maknanya orang yang sebaya atau lebih dengan beliau entah-entah cicit pun turut mengundi.

Yan: Maknanya juga ramai cucu-cicit orang UMNOlah yang mengundi tempoh hari? Sapa yang depa undi? Parti tok nenek ke parti pak dia? Atau parti depa sendiri? Atau tak pi mengundi langsung!Atau langsung tak mau daftar? Atau cemuih tengok orang berparti!

Yin: Betullah aku agak. Ini mungkin bukan kes suka UMNO atau tidak... cucu cicit orang UMNO sendiri yang reject UMNO?

Yan: Reject UMNO ke reject parents and grandparents?

Yin: Dah, dah aku dah agak geng-generasi KFC, McDonald ni memang susah nak ubat..tak makan saman..Semua anak Sazali ke?

May 14, 2008 11:11 AM

Friday, May 9, 2008

Red1 dan "Mahathir Selamatkan Raja"

pos untuk Red1 dalam -"Mahathir Selamatkan Raja"
Blogger yin & yan said...

Yin: Amzari Zhahir pertikaikan DrM atau Red1?

Yan: Tak pasti! Sebab Red1 tulis hal "Mahathir Selamatkan Raja" bukan berkenaan "Mahathir sebagai contoh".

Yin: Betul ada beza tu! Lagipun Red1 tulis tajuknya dalam inverted commas. Maknanya apapun peribadi DrM, beliau secara sengaja atau tak sengaja memang 'selamatkan raja'.

Yan: Suka atau tak suka dia dah selamatkan raja atau sultan. Tapi Yan lebih ingat tentang DrM promosi dinar dan lawan hantu riba IMF dengan bank dunia.

Yin: Jadi DrM dah 'selamatkan' kesultanan dan perjuangkan dinar yg sebenarnya asas sistem zakat yg betul dan bukan duit dolar atau ringgit. Orang lain sampai la banyak yang tak faham pun tentang dinar dan tak faham pun musuh Islam
pada hantu2 riba tu. Bukankah dalam khubah terakhir ada pesanan Rasulullah s.a.w tentang bahaya riba? Khalifah Othmaniyyah dulupun jatuh sebab terima pakai sistem bank luar dan buang dinar kemudian mulalah dolar bermaharajalela.

Yan: Betul Yin! Raja Nazrin pun pernah sebut, kesultanan adalah sebahagian dari kekhalifahan Islam.
Kesultanan melayu ni dulu memang bernaung bawah khalifah di Turki. Jadi maknanya kita di sini masih pegang obor2 atau kunci khalifah walaupun khalifah di Turki dah tiada.


Yin: Baru saya nampak Yan kenapa kesultanan tu penting diselamatkan. Memang dulu heboh tentang DrM dengan Raja, Yan ingat lagi tak? Masa tu memang banyak cerita tentang kesalahan Raja. Nasib baik selepas episod DrM dengan Raja banyak raja dan sultan jadi semakin baik. Semoga kuasa Islam menurut fitrah ini terpelihara apabila Sultan diberi kebijaksanaan oleh Allah dan para ulama diberi keberanian menasihati Sultan.

Yan: Takkan nak harap Islam timbul dari tong undi demokrasi pula. Yang Haq timbul dari yang batil? Sesetengah so call ulama tu Yan nampak depa pula yang gila undi. Undilah aku! Semua dah gila kuasa. Depa pula suruh kita sembah tong demokrasi.

Yan: Bagus juga ada 'krisis politik' kali ni. Baru nampak betapa pentingnya kesultanan.

Yin: Yelah kali ni Karpal pun terperangkap. Ingat dia hero. Tengok-tengok tak dak sapa pun nak sokong dia. Orang dari tong DAP pun tak mau bergeng dengan dia. Lim Kit Siang dah awal2 minta ampun. Nik Aziz pun tak mau komen bab ini.Katanya nanti kena balik kepala sendiri.

Yan: Baguslah depa dah mula sedar had tong demokrasi ni.



yin & yan
http://yindanyan.blogspot.com/

May 9, 2008 5:09 PM

Thursday, May 8, 2008

melayu, cina dan india dalam tong?

Blogger yin & yan said...

(a post to red1-for"Melayu Baru Belajar Bergaduh")

yin: Ambe nampaknya tak suka kalau berpolitik atas nama melayu

yan: Sama aje yin - yang satu letak melayu dalam kotak, yang satu lagi letakkan islam pula dalam kotak. Di Indonesia berlambak parti letak islam dalam kotak. Masing-masing kata kotak depa lebih islamik! Kotak yang islamik, bukan orangnya!

yin: Yalah Yan - Bukannya melayu dan islam aje dikotakkan, cina, india, keadilan, sosialisme dan entah apa lagi pun kena masuk tong jugak. Disuruh pilih pula tong mana yang kita suka.

yan: Apa depa nak kata jika kita tak mau sistem tong? Tak kiralah tong see through ataupun tidak. Kita undi tolak buang semua tong? Macam soalan objektif/multiple choice dulu-dulu boleh pilih jawapan - (E) ialah untuk none of the above. Sekarang soalan macam tupun dah tak buat dah.

yin: Di US berapa kerat aje yg pilih sistem tong tapi masih lagi kata suara majoriti.Suara tong dah jadi suara minoriti.

yan: OK yin, nanti lain kali kita sambung cerita lagi tentang depa yang suka sembah tong.

May 8, 2008 9:40 AM

yin dan yan

yin: apa habaq yan.
yan: habaq baik yin.
yin & yan: selamat blogging!