-posting di Rocky's Bru 19 Julai 2008-
(antara Zikrullah dengan Zikr PM)
Rocky,
Orang yang gila mengejar dunia akan sentiasa mendapati dunia lari darinya. Sebaliknya orang yang tak terikat dengan dunia akan dikejar dunia.
Orang yang beria-ia nak jadi ketua terpaksalah beria-ia sehingga ke umur tua.
Jika kedudukan ketua bukan sesuatu yang digilai maka akan dipermudahkan jalannya dengan pertolongan Ilahi. Segalanya akan mudah didapati.Segalanya disusun Ilahi.
Sementara yg tegila-gila kuasa terpaksalah cuba mendapatkan tahta tanpa pertolongan dari Nya. Jawablah sendiri segala masalah yang menimpa yang seringnya bertalu-talu bagai dunia dihentak ke kepala.
Jika zikir setiap hari hanya PM dan PM dan PM maka penzikirnya jawablah sendiri bala yang dia cari sendiri.
Segalanya dari Allah belaka.
Yin & Yan
No comments:
Post a Comment