Saturday, May 24, 2008

Kaedah Tan Sri Aziz Tapa

-petikan dari rockybru- a response to Dato' AKJ-

yin & yan said...

Dato' AKJ dan Sdr Rocky,

Kaedah Tan Sri Aziz nampak lebih mudah.

YDP Agong bukan sekadar simbol negara! Mohon diampun, YDP Agong bukan patung negara tetapi Tunjang Negara!

Adakah Hindraf dan Raja Petra sahaja yang ada akses kepada YDPAgong? Rakyat lain yang tak berpuas hati dengan PM juga ingin mohon izin mengadap Tuanku merakam sembah runsing kerana semakin runcingnya negara.

YDPAgong adalah non-partisan. Maknanya Baginda tidak terkotak dalam parti.
Baginda mengatasi kumpulan-kumpulan berparti dan bebas membuat keputusan secara neutral.

Alhamdulillah itulah yang kita nampak di Perak, Selangor, Kedah, Perlis dan Terengganu baru-baru ini. Para Sultan sudah pun membuat keputusan yang bijaksana tanpa terikat dengan parti. Apa yang dangerousnya Dato AKJ jika mohon sembah hal huru-hara negara kepada Sultan?

Kalau dah dapat Dato' maknanya Dato' AKJ pun sudah diterima menjadi sebahagian dari orang yang rapat dengan istana -Raja Nazrin kata sudah menjadi sebahagian dari institusi istana. Maka Dato' pun boleh tolong sembahkan perkara untuk kebajikan negara.

Takkan kita nak sembunyikan huru-hara negara dari pengetahuan istana? Dangerous?

DAULAT TUANKU

Yin & Yan

4:24 PM

No comments: